Khamis, 3 Disember 2009

PROJEK NAYA PESERTA TANAM SERAI ,PERSATUAN BELIA 4B SG. TENGI PERLU BERTANGGUNGJAWAB

14 PESERTA KERUGIAN RM120,000 .Pihak pemaju Projek yang dikendalikan oleh Persatuan Belia 4B Felda Sg. Tengi mungkir perjanjian yang mereka buat sendiri dan gagal membayar keuntungan yang diperolehi mengikut perjanjian kedua belah pihak.
En. Ismail Mat Nasib memang tidak bernasib baik kerana pelaburan RM10,000 beliau turut hancur lebur dek 'projek lalang ' itu.
Sepatutnya beliau dapat bayaran mulai September tetapi banyak dalih diberi sehingga kini tiada bayaran lagi.
En. Muhamad Diah Hamidon juga antara 14 peserta yang terkena badi 'projek lebur' tersebut.
Sinar Harian melaporkan pejabat urusan telah ditutup sejak September dan pengarahnya dipercayai lari ke Indonesia.
Exco Ekonomi Persatuan Belia 4B berkenaan En. Mohamad Fadzil Zakaria kununya akan menyelesaikan perkara tersebut dengan mengadakan pertemuan dengan semua peserta dalam masa terdekat.

1 ulasan:

Zahra Closet berkata...

saya juga salah seorg peserta yg tidak dibayar dan dah tertipu oleh projek inkubator ni.sy labur RM5000.sya baca 14 org dah tertipu tp tak termasuk saya lg ni.tlg bantu sy untuk contact org persatuan belia atau bleh bg hp no dia. persatuan belia 4b sg tengi perlu bertanggungjawab.