Khamis, 27 Januari 2011

BILA PRESIDEN UMNO TAK SEDAP & TAK PUAS HATI DENGAN RAJA ARAB SAUDI !

Laporan Cable News Network (CNN) yang bertajuk "Saudis discover new funding channels for Taliban, al Qaeda" memperlihatkan ketakutan Perdana Menteri Najib untuk berhadapan Pakatan Rakyat pada Pilihanraya Umum yang akan datang. Laporan CNN yang baru sahaja beredar beberapa jam lalu menyebut antara lainnya, Presiden UMNO itu menyatakan rasa tidak puas hatinya kepada Kerajaan Arab Saudi kerana terdapat dua Putera Arab Saudi yang menyokong dan membiayai saya untuk Pilihanraya Umum yang akan datang.
Laporan ini menyerlahkan ketakutan serta rekayasa Najib untuk menyekat kemaraan Pakatan Rakyat yang setiap hari berusaha membina dokongan rakyat terhadap usaha kami demi menyelamatkan Malaysia dari segala kepincangan yang disebabkan oleh kelemahan mentadbir pimpinan negara serta ketirisan akibat dari rasuah yang semakin membarah.
Kehadiran Buku Jingga, sebuah dokumen yang mengandungi hasrat serta saranan Pakatan Rakyat demi menyelamatkan Malaysia dari terus parah akibat kerakusan dan ketidakcekapan pimpinan UMNO-BN, memunculkan rasa takut Najib. Beliau sedar dokumen tersebut mendobrak ilusi upaya pemulihan yang didendangkan UMNO-BN kepada rakyat. Presiden UMNO itu pastinya tahu rakyat tidak akan menerima bulat-bulat pengumuman demi pengumuman yang digarap semata-mata memenuhi maksud iklan.

Ketakutan ini malah membuat beliau enggan berdebat secara terbuka berkenaan kedudukan ekonomi negara dengan saya. Malah, Perdana Menteri tidak segan silu menyerang saya secara peribadi sedangkan hasrat debat terbuka itu semata-mata mahu menyampaikan maklumat yang tepat kepada rakyat Malaysia.

Saya tidaklah terkejut sekiranya Perdana Menteri sanggup ke luar negara, bukan demi menarik pelaburan tapi semata-mata untuk menyekat dan mentohmah saya. Mereka sebenarnya sudah mula merasai angin Perubahan yang bakal melanda. Mereka sedar rakyat Malaysia sudah mulai mual dengan segala macam kebobrokan. Kepimpinan UMNO-BN sebenarnya fobia dengan kemaraan rakyat.

*Kenyataan media oleh Anwar Ibrahim selaku Ketua Pembangkang Parlimen merangkap Ketua Umum PKR.

Jumaat, 13 Ogos 2010

AMIL ZAKAT PERLU BERTANGGUNGJAWAB WALAU ADA HAK


Soalan: Adakah salah sekiranya amil menggunakan wang zakat? Bukankah wang zakat khusus untuk orang fakir dan miskin?

Jawapan: Memang ada yang terkeliru mengenai kedudukan amil dalam pengurusan zakat. Daripada sudut hukum, amil zakat memang berhak kepada harta zakat. Ini kerana, sudah disebut secara terang bahawa amil memang satu daripada lapan asnaf zakat. Ia adalah hukum yang sudah qatie’ (putus) dan bukannya bersifat ijtihad atau khilaf.

Allah SWT telah menyebut amil sebagai asnaf yang muqaddam (terawal) di samping fakir, miskin dan mualaf (at-Taubah: 60). Nabi Muhammad SAW juga menyatakan, hendaklah dilayani amil (petugas zakat) itu dengan baik (mafhum hadis riwayat Muslim). Ini menunjukkan, status amil adalah penting dalam pengurusan zakat. Kompetensi amil mempengaruhi keseluruhan perjalanan operasi zakat.

Dalam sejarah, pada zaman Umar al-Khattab r.a, baginda telah menyusun pentadbiran negara dengan baik dan melantik amil secara bergaji tetap. Bahkan diwujudkan amil khas yang bertugas menaksir harta umat Islam. Umar juga mengemaskini Baitul Mal, sebagai gudang pengumpulan harta termasuklah harta zakat.

Ahad, 18 April 2010

6336 SEJAHANAM EMEL PERKASA

Teman antara penerima SMS kempen berbaur fitnah dari penghantar SMS bernombor 63660.
isi sms kebanyakan menterbalikkan kenyataan agar penerima sms akur dan simpati kepada BN.
SMS ini akan dihantar setiap hari sekurang2nya sekali.
BN muka tak malu ,guna teknologi pun cara paksa, seperti emel PERKASA yang menjadi SPAM tanpa restu empunya emel.
Ramai tuanpunya emel merungut agar PERKASA membatalkan penghantaran emel kepada mereka.
Mari sama-sama kita saman PEKASA dan perkhidmatan sms no 6336.

Khamis, 25 Februari 2010

BAYANGKAN GAMBAR ISTERI YANG GAMBI DILUKIS BEGINI !


Inilah padah bila pihak berkuasa tidak berkuasa menangani blogger terlampau .Polis cuma berkuasa menangkap dan menggari dan selepas itu dibawa ke mahkamah dengan alasan yang lemah.Akhirnya blogger terlampau(kurang ajar) terlepas begitu saja dan seterusnya mereka naik tocang contohnya Aduka Taruna,penulis Negarakuku ,Blogger lukis gambar Nik Aziz dan sekarang Yang Gambi pun dah pandai melakar/melukis gambar isteri pemimpin dengan gambar lucah dan dada terdedah.Yang Gambi belum kahwinke? Kalau belum ,bayangkan ada blogger melukis ibu Yang Gambi begitu macammana? Tak marah? Kalau Yang Gambi dah beristeri ,...bayangkan ada blogger lukis gambar isteri begitu macammana? Suka ka?

Ahad, 10 Januari 2010

METER PUKAL KE METER INDIVIDU - MANA BN BOLEH BUAT, KALAU BOLEH DAH TERLAMBAT

KELONGGARAN SYARAT-SYARAT UNTUK MIGRASI DARI METER PUKAL KEPADA METER INDIVIDU BAGI PERUMAHAN BERSTRATA SEPERTI PANGSAPURI DAN KONDOMINIUM.

Kerajaan Negeri Selangor telah mencapai persetujuan dengan Syabas agar syarat-syarat untuk migrasi dari meter pukal ke meter individu dilonggarkan.

Syarat-syarat yang telah dilonggarkan adalah,

a. Hutang di meter pukal tidak perlu dilangsaikan untuk melakukan migrasi tetapi ianya boleh dipindahkan kepada akaun-akaun meter individu. Walau bagaimanapun perlu ada rekod hutang bagi setiap unit.

b. Tidak perlu lagi persetujuan 100 peratus (consent) dari setiap pemilik tetapi JMB atau MC boleh membuka akaun untuk unit-unit yang akaunnya tidak dapat dibuka. Sekiranya bil bagi unit-unit ini tidak dibayar maka hanya bekalan air ke unit-unit tersebut akan dipotong.

Syabas mempunyai program migrasi bagi perumahan berstrata di Selangor dan mana-mana pemajuan yang bersedia untuk menjalankan proses migrasi boleh menghubungi Syabas atau Lembaga Perumahan & Hartanah Selangor.

PANDANGAN & KESEDARAN SEORANG HINDU TENTANG ISLAM & PERKATAAN "ALLAH"

Jangan jadikan keganasan sebagai jalan penyelesaian! Bukankah 'Allah' untuk semua?
Kebanyakkan umat Islam di negara kita membantah pengunaan perkataan 'Allah' oleh Gereja-gereja dan akhbar-akhbar Kristian. Ini bukan sahaja melambangkan ketidakmatangan mereka untuk menerima sesuatu kebenaran, malah bercanggah dengan realiti Islam yang sering menekankan elemen keterbukaan.

Menurut Wikipedia Bahasa Melayu-

Allah (bahasa Arab: الله‎, Allāh), adalah perkataan dalam bahasa Arab yang merujuk kepada Tuhan Yang Satu. Kata Allah adalah nama khas yang merujuk kepada Tuhan Yang Satu, yang telah mencipta, mentadbir dan memilik alam semesta. Perkataan Allah digunakan dalam agama Islam serta dalam masyarakat Kristian yang berbahasa Arab.


Jadi apakah salahnya jika perkataan 'Allah' digunakan oleh semua agama di dunia ini? Bukankah ini lebih memperhebatkan bahasa Arab sebagai salah satu bahasa utama dunia? Fikiran yang sempit perlu dielakan oleh segelintir umat Islam di Malaysia. Dunia sedang berubah dari masa ke semasa dengan lebih terbuka dan liberal, 'kefanatikan' pihak tersebut hanya satu perbuatan yang tidak masuk akal.

Betulkan saya jika saya silap. Walaupun saya beragama Hindu, apa yang saya faham tentang Islam adalah walaupun perang yang berlaku, undang-undang Islam menyebut bahawa wanita, kanak-kanak dan rumah ibadat tidak boleh diusik sama sekali. Namun perkara yang paling 'kurang ajar' dan menyedihkan berlaku apabila pihak yang tidak bertanggunggjawab bertindak membaling bom petrol ke arah sebuah Gereja di pusat bandar. Susulan daripada berita tersebut, gereja-gereja di sekitarnya telah mengambil langkah berjaga-jaga menghadapi 'keganasan' tersebut. Baca di sini- Gereja hangus dibaling bom petrol

GEREJA YANG DILETUPKAN OLEH PENGGANAS?

Persoalan yang nyata adalah adakah keganasan menjadi penyelesaian utama masalah ini? Begitu fanatiknya segentir umat Islam di negara ini sehinggakan tidak pandai menghargai keamanan yang kita nikmati sekarang. Golongan ini semestinya ada kepentingan diri sendiri samada politik atau kuasa. Manakala kerajaan pula tidak mampu untuk menangani isu ini, seolah-olah mereka membenarkan ia berlaku.

Saya ingin menekankan bahawa pegangan agama seseorang manusia adalah bergantung kepada dirinya sendiri, ia tidak boleh dilakukan melalui paksaan, keganasan, ketakutan atau dengan desakan sistem atau polisi kerajaan. Kebebasan agama perlu dihormati agar dunia sentiasa berada dalam keadaan yang aman.

Khamis, 3 Disember 2009

PROJEK NAYA PESERTA TANAM SERAI ,PERSATUAN BELIA 4B SG. TENGI PERLU BERTANGGUNGJAWAB

14 PESERTA KERUGIAN RM120,000 .Pihak pemaju Projek yang dikendalikan oleh Persatuan Belia 4B Felda Sg. Tengi mungkir perjanjian yang mereka buat sendiri dan gagal membayar keuntungan yang diperolehi mengikut perjanjian kedua belah pihak.
En. Ismail Mat Nasib memang tidak bernasib baik kerana pelaburan RM10,000 beliau turut hancur lebur dek 'projek lalang ' itu.
Sepatutnya beliau dapat bayaran mulai September tetapi banyak dalih diberi sehingga kini tiada bayaran lagi.
En. Muhamad Diah Hamidon juga antara 14 peserta yang terkena badi 'projek lebur' tersebut.
Sinar Harian melaporkan pejabat urusan telah ditutup sejak September dan pengarahnya dipercayai lari ke Indonesia.
Exco Ekonomi Persatuan Belia 4B berkenaan En. Mohamad Fadzil Zakaria kununya akan menyelesaikan perkara tersebut dengan mengadakan pertemuan dengan semua peserta dalam masa terdekat.