Jumaat, 13 Ogos 2010

AMIL ZAKAT PERLU BERTANGGUNGJAWAB WALAU ADA HAK


Soalan: Adakah salah sekiranya amil menggunakan wang zakat? Bukankah wang zakat khusus untuk orang fakir dan miskin?

Jawapan: Memang ada yang terkeliru mengenai kedudukan amil dalam pengurusan zakat. Daripada sudut hukum, amil zakat memang berhak kepada harta zakat. Ini kerana, sudah disebut secara terang bahawa amil memang satu daripada lapan asnaf zakat. Ia adalah hukum yang sudah qatie’ (putus) dan bukannya bersifat ijtihad atau khilaf.

Allah SWT telah menyebut amil sebagai asnaf yang muqaddam (terawal) di samping fakir, miskin dan mualaf (at-Taubah: 60). Nabi Muhammad SAW juga menyatakan, hendaklah dilayani amil (petugas zakat) itu dengan baik (mafhum hadis riwayat Muslim). Ini menunjukkan, status amil adalah penting dalam pengurusan zakat. Kompetensi amil mempengaruhi keseluruhan perjalanan operasi zakat.

Dalam sejarah, pada zaman Umar al-Khattab r.a, baginda telah menyusun pentadbiran negara dengan baik dan melantik amil secara bergaji tetap. Bahkan diwujudkan amil khas yang bertugas menaksir harta umat Islam. Umar juga mengemaskini Baitul Mal, sebagai gudang pengumpulan harta termasuklah harta zakat.

Ahad, 18 April 2010

6336 SEJAHANAM EMEL PERKASA

Teman antara penerima SMS kempen berbaur fitnah dari penghantar SMS bernombor 63660.
isi sms kebanyakan menterbalikkan kenyataan agar penerima sms akur dan simpati kepada BN.
SMS ini akan dihantar setiap hari sekurang2nya sekali.
BN muka tak malu ,guna teknologi pun cara paksa, seperti emel PERKASA yang menjadi SPAM tanpa restu empunya emel.
Ramai tuanpunya emel merungut agar PERKASA membatalkan penghantaran emel kepada mereka.
Mari sama-sama kita saman PEKASA dan perkhidmatan sms no 6336.

Khamis, 25 Februari 2010

BAYANGKAN GAMBAR ISTERI YANG GAMBI DILUKIS BEGINI !


Inilah padah bila pihak berkuasa tidak berkuasa menangani blogger terlampau .Polis cuma berkuasa menangkap dan menggari dan selepas itu dibawa ke mahkamah dengan alasan yang lemah.Akhirnya blogger terlampau(kurang ajar) terlepas begitu saja dan seterusnya mereka naik tocang contohnya Aduka Taruna,penulis Negarakuku ,Blogger lukis gambar Nik Aziz dan sekarang Yang Gambi pun dah pandai melakar/melukis gambar isteri pemimpin dengan gambar lucah dan dada terdedah.Yang Gambi belum kahwinke? Kalau belum ,bayangkan ada blogger melukis ibu Yang Gambi begitu macammana? Tak marah? Kalau Yang Gambi dah beristeri ,...bayangkan ada blogger lukis gambar isteri begitu macammana? Suka ka?

Ahad, 10 Januari 2010

METER PUKAL KE METER INDIVIDU - MANA BN BOLEH BUAT, KALAU BOLEH DAH TERLAMBAT

KELONGGARAN SYARAT-SYARAT UNTUK MIGRASI DARI METER PUKAL KEPADA METER INDIVIDU BAGI PERUMAHAN BERSTRATA SEPERTI PANGSAPURI DAN KONDOMINIUM.

Kerajaan Negeri Selangor telah mencapai persetujuan dengan Syabas agar syarat-syarat untuk migrasi dari meter pukal ke meter individu dilonggarkan.

Syarat-syarat yang telah dilonggarkan adalah,

a. Hutang di meter pukal tidak perlu dilangsaikan untuk melakukan migrasi tetapi ianya boleh dipindahkan kepada akaun-akaun meter individu. Walau bagaimanapun perlu ada rekod hutang bagi setiap unit.

b. Tidak perlu lagi persetujuan 100 peratus (consent) dari setiap pemilik tetapi JMB atau MC boleh membuka akaun untuk unit-unit yang akaunnya tidak dapat dibuka. Sekiranya bil bagi unit-unit ini tidak dibayar maka hanya bekalan air ke unit-unit tersebut akan dipotong.

Syabas mempunyai program migrasi bagi perumahan berstrata di Selangor dan mana-mana pemajuan yang bersedia untuk menjalankan proses migrasi boleh menghubungi Syabas atau Lembaga Perumahan & Hartanah Selangor.

PANDANGAN & KESEDARAN SEORANG HINDU TENTANG ISLAM & PERKATAAN "ALLAH"

Jangan jadikan keganasan sebagai jalan penyelesaian! Bukankah 'Allah' untuk semua?
Kebanyakkan umat Islam di negara kita membantah pengunaan perkataan 'Allah' oleh Gereja-gereja dan akhbar-akhbar Kristian. Ini bukan sahaja melambangkan ketidakmatangan mereka untuk menerima sesuatu kebenaran, malah bercanggah dengan realiti Islam yang sering menekankan elemen keterbukaan.

Menurut Wikipedia Bahasa Melayu-

Allah (bahasa Arab: الله‎, Allāh), adalah perkataan dalam bahasa Arab yang merujuk kepada Tuhan Yang Satu. Kata Allah adalah nama khas yang merujuk kepada Tuhan Yang Satu, yang telah mencipta, mentadbir dan memilik alam semesta. Perkataan Allah digunakan dalam agama Islam serta dalam masyarakat Kristian yang berbahasa Arab.


Jadi apakah salahnya jika perkataan 'Allah' digunakan oleh semua agama di dunia ini? Bukankah ini lebih memperhebatkan bahasa Arab sebagai salah satu bahasa utama dunia? Fikiran yang sempit perlu dielakan oleh segelintir umat Islam di Malaysia. Dunia sedang berubah dari masa ke semasa dengan lebih terbuka dan liberal, 'kefanatikan' pihak tersebut hanya satu perbuatan yang tidak masuk akal.

Betulkan saya jika saya silap. Walaupun saya beragama Hindu, apa yang saya faham tentang Islam adalah walaupun perang yang berlaku, undang-undang Islam menyebut bahawa wanita, kanak-kanak dan rumah ibadat tidak boleh diusik sama sekali. Namun perkara yang paling 'kurang ajar' dan menyedihkan berlaku apabila pihak yang tidak bertanggunggjawab bertindak membaling bom petrol ke arah sebuah Gereja di pusat bandar. Susulan daripada berita tersebut, gereja-gereja di sekitarnya telah mengambil langkah berjaga-jaga menghadapi 'keganasan' tersebut. Baca di sini- Gereja hangus dibaling bom petrol

GEREJA YANG DILETUPKAN OLEH PENGGANAS?

Persoalan yang nyata adalah adakah keganasan menjadi penyelesaian utama masalah ini? Begitu fanatiknya segentir umat Islam di negara ini sehinggakan tidak pandai menghargai keamanan yang kita nikmati sekarang. Golongan ini semestinya ada kepentingan diri sendiri samada politik atau kuasa. Manakala kerajaan pula tidak mampu untuk menangani isu ini, seolah-olah mereka membenarkan ia berlaku.

Saya ingin menekankan bahawa pegangan agama seseorang manusia adalah bergantung kepada dirinya sendiri, ia tidak boleh dilakukan melalui paksaan, keganasan, ketakutan atau dengan desakan sistem atau polisi kerajaan. Kebebasan agama perlu dihormati agar dunia sentiasa berada dalam keadaan yang aman.